Wednesday, August 26, 2009

Flower crochet


Flower crochet hairclips memang cute dan comel dipakai baik anak dara atau pun mak dara. Saya dah lama berkenan tapi tiap kali nak beli online, mesti sold out. Dah lama memendam rasa akhirnya terpanggil nak cuba buat bila banyak masa free di bulan ramadhan ni. Jadi cuba-cuba untuk belajar crocheting online.

Saya banyak tengok video di youtube dan jugak website crocheting. Kalau inginkan satu hairclips untuk anak perempuan kesayangan you all, apa lagi, sila click disini (thanks littlebirdie)dan cubalah buat sendiri. Mudah saja sebenarnya kalau dah tahu caranya walaupun untuk beginner.

Tapi kalau tak ada masa ataupun kemalasan melanda, boleh singgah sugarlove kids beli :P

Monday, April 20, 2009

Tudung DIY


I bought the sewing machine because of this. Tudung DIY craze. And this, was the start of my sewing journey. Masih baru lagi saya ni dalam arena jahit menjahit. Since december last year. Sebelum tu saya hanya tahu jahit butang baju, tu pun sangatlah buruk.

Memang gila buat tudung DIY masa tu. The first one, yang colour hitam tu hand-sewn. Jahit tepi je hantar kat kedai. Rela tidur pukul 4-5 pagi untuk siapkan tudung DIY ni. Tapi kegilaan saya tak lama, sempat gila buat 5 helai je, lepas tu, sampai sekarang nada, yilek. Sebab dah mula minat menjahit benda lain dan dah mula kurang minat pakai tudung DIY. Tapi bila tgk tudung-tudung ni rasa nak jahit lah satu dua helai, mana stok kain jersey yang ada. Teringin.

For those yang berminat nak cuba jahit, sila ke mektwain (the responsible lady who revolutionized the making of DIY tudung) atau pun sila ke jvcynosure for free tutorial.

Friday, April 3, 2009

Laptop sleeve.


Laptop sleeves ni asalnya dijahit untuk my better half. Walaupun saya tahu dia tak pakai, tapi saya tetap buat sebab dah teringin nak belajar jahit. Adala sebab musabab yg agak munasabah sebab apa dia tak suka pakai laptop sleeve.

Saya lihat tut disini sebagai panduan asas. Tapi saya ubah sikit ikut man ayang saya rasa senang untuk saya jahit.


Ada beberapa point yg saya nak highlight untuk ingatan.

1) Saya buat measurement tak tepat, sebab main agal. Masa gunting dan measement laptop tiada didepan mata. Ikut je measurement yg tutorial kasi eh tu pun tak berapa nak ikut. So jadi agak longgar. Bila galas material jadi tak tegang = tak cun. Wajib ikut ukuran yang tepat.

2) Guna tali yang lebih kejap. Tali yang saya gunakan tu tak sesuai nak tampung berat laptop, boleh je tapi dikhuatiri akan putus.

3)Lepas ambik contoh beg sekolah anak saya, berjaya buat tali adjustable. Tapi kena beli gelung besi/hook yg sesuai.

Oklah. Jadikla jugak. Testing je, guna kain RM4/m. Nampaknya laptop sleeve ini rasanya bakal bertukar menjadi beg multipurpose or beg telekong.

Friday, March 13, 2009

DIY tote bag


First time cuba jahit tote bag sendiri. Cuma rasanya tak perlu buat deep sangat lekukan U tu. Sila google charlie bag untuk tute. Banyak ada.

Saturday, March 7, 2009

DIY fitted bedsheet



Fitted bedsheet untuk tilam vono anak dara saya. Senang sangat, novice level. Sila lah ke sini untuk tengok tutorial.

Thursday, February 19, 2009

DIY peasant blouse


Asal kain dari skirt lama saya. Recycle. Susah-susah saya google online, rupanya my super crafty fren punya tutorial lagi detail dan bagus. Kalau nak buat tak payah susah-susah, sila la ke sana.